JUM RILEKS!   Leave a comment

videokeman mp3
Just the Way You Are – Bruno Mars Song Lyrics

Posted April 19, 2011 by Miss.Hazz in post

Kita renungkan bersama..   Leave a comment

llmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.

                                  

Posted April 9, 2011 by Miss.Hazz in post

ERT=VOKASIONAL   Leave a comment

Sistem pendidikan teknik dan vokasional negara bermula sejak pengenalan kelas latihan vokasional terawal di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1904, diikuti dengan pengajian subjek vokasional di Sekolah Melayu Batu Lane, Kuala Lumpur pada tahun 1906. Seawal tahun 1926, Sekolah Ketukangan Jalan Brickfields telah memulakan program bagi melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya.

Kepentingan pendidikan teknik dan vokasional negara dalam memenuhi keperluan sumber tenaga kerja telah diberi perhatian serious sehingga kerajaan menubuhkan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1964. Seterusnya, pada tahun 1969 pendidikan dan latihan di politeknik mula diperkenalkan dengan penubuhan politeknik pertamanya iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang melambangkan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional, seiring dengan kemajuan teknologi yang mendokong kepesatan pertumbuhan sektor industri negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional adalah merujuk kepada pendidikan dan latihan yang menyediakan individu dengan pengetahuan akademik, teknikal dan kemahiran pada peringkat pengajian di bawah sarjana muda (bacelor) bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memasuki bidang pekerjaan. Ia merangkumi pembelajaran berasaskan keterampilan yang membolehkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan akademik, kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, sikap terhadap kerja, kemahiran kebolehkerjaan, dan kemahiran khusus dalam suatu bidang kerja. Ia dilaksanakan di sekolah menengah teknikal (vokasional); sekolah menengah harian biasa (melalui mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan); dan institusi teknikal awam atau swasta (Institut Kemahiran MARA, Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia, GiatMARA, Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institut Latihan Perindustrian, AdTec, Institut Latihan Pertanian, IKBN, Kolej TAFE, MIDAS dan sebagainya). Pendidikan teknikal dan vokasional juga memberi maklumat berkaitan kesedaran dan perancangan kerjaya seseorang individu dan latihan kepada golongan kurang upaya, keluarga di bawah paras kemiskinan, dan ibu tunggal.

Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran.
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran. Secara amnaya, kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

• membanding dan membezakan

• membuat kategori

• meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

• menerangkan sebab

• menyusun mengikut urutan

• mengusul periksa andaian

• membuat inferens

membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

-Menjana dan menghasilkan idea

-Mencipta metafora

– Mencipta analogi

– Mencipta definisi.

– Asas Perniagaan

– Menyimpan Rekod

– Konsumerisme

– Pengeluaran

– Industri Tempatan

– Kekeluargaan

– Peningkatan Kendiri

– Kesejahteraan Keluarga

– Keharmonian Hidup Bermasyarakat

– Pertanian

– Tanaman

– Ternakan

Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum (1992)
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga diwajibkan untuk mempelajari komponen di dalam bahagaian teras, manakala salah satu daripada tiga komponen pilihan.

Posted April 9, 2011 by Miss.Hazz in NOTA

YANG UTAMA & TERPENTING   3 comments

Ekonomi Rumah Tangga (ERT) ialah satu mata pelajaran elektif di Sekolah Menengah dalam KBSM yang memastikan wujudnya kesinambungan bagi mata pelajaran KHB. Matlamat ERT adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.

Posted April 8, 2011 by Miss.Hazz in post